Fakta seharusnya harus diberikan
sebuah konsepsi yang jelas iaitu impian golongan materialis untuk melahirkan
sebuah masyarakat yang menafikan Allah dan agama-Nya sekaligus membentuk
individu yang merasa bebas tanpa sebarang ikatan tanggungjawab. Di puncak
falsafah materialisme terletak keinginan untuk membentuk sebuah sistem sosial
yang bukan sekadar menafikan kewujudan Allah s.w.t. tetapi juga turut
menyingkirkan nilai spiritual dan moral serta meyakini bahawa untuk
mencapainya, usaha menanamkan ideologi ateisme ke dalam akal fikiran manusia
dan menyebar-luaskannya adalah suatu keperluan yang besar. Dengan menentang
agama Allah, mereka menerima sebuah bentuk agama yang telah diherot-perotkan
sesuai dengan pegangan materialis. George Gaylord Simpson, nama yang terkemuka
dalam pergerakan neo-Darwinisme, menghuraikan konsep agama yang diterima oleh
para evolusionis:
Seperkara yang jelas, terdapat
beberapa agama baru, dilabel sebagai pegangan dan terlibat di dalam emosi
keagamaan, yang tidak selari dengan evolusi dan sekaligus tidak dapat
dipertahankan secara intelektual meskipun doa mereka yang emosional. Namun
begitu, saya mengambilnya kini sebagai suatu keyakinan yang jelas, yang tidak
menuntut kepada sebarang perbincangan lanjut, bahawa evolusi dan agama sebenar
adalah saling harmoni.
Simpson, sebagai seorang
evolusionis, menyatakan bahawa agama dapat disatukan dengan pegangan hidup materialis
selama mana ia tertakluk kepada definisinya. Bagaimanapun, seperkara yang harus
diperhatikan bahawa apa yang dirujuknya sebagai ‘agama sebenar’ sudah pasti
bukanlah agama yang berasaskan wahyu samawi tetapi adalah merupakan suatu
pegangan yang jauh menyeleweng dari landasang kebenaran, iaitu mencipta sebuah
agama ‘yang bertentangan dengan ajaran keagamaan’ berdasarkan kepada pemikiran
materialis dan memuaskan manusia secara emosional. Hari ini, majoriti manusia
yang mendakwa yakin beriman pada hakikatnya hidup di bawah kebatilan agama yang
didakwa oleh materialis sebagai ‘agama sebenar’.
Di dalam bahagian berikutnya,
beberapa ciri agama batil akan dibincangkan. Pegangan terhadap kepercayaan yang
menyeleweng secara berleluasa di atas nama agama akan dijelaskan. Akibat tidak
ditarbiyah untuk memusatkan akal fikiran dengan mendalam, manusia sering gagal
menyeari kesilapan di dalam fahaman tersebut. Adalah merupakan satu
tanggungjawab yang penting bagi para mukminin yang ikhlas untuk saling ingat mengingatkan
sesama manusia yang lain terhadap agama yang batil ini dan menyampaikan pesanan
al-Qur’an yang merupakan sumber kebijaksanaan yang unik yang diturunkan Allah
sebagai satu-satunya pegangan bagi para hamba-Nya.
1)
Ajaran bahawa Allah berada di atas langit
Meskipun beriman akan kewujudan
Allah, sebahagian manusia mempunyai keyakinan yang begitu dangkal tentang
keberadaan Allah. Fahaman materialisme adalah begitu jelas dalam kaitan ini.
Disebabkan para materialis mempertahankan bahawa materi adalah kewujudan yang
mutlak, secara tidak langsung mereka terpaksa menerima bahawa Allah berada di
dalam lingkungan alam semesta material ini walaupun gagal untuk membayangkan
ruang kedudukan-Nya.
Al-Qur’an juga menyatakan bahawa
segolongan manusia dengan mentaliti yang sama juga pernah wujud dahulu. Untuk
melihat Allah, Fir’aun mengerahkan pembinaan sebuah menara yang memuncak tinggi
ke langit. Kepercayaannya ini adalah berpunca daripada kegagalan untuk memahami
sifat-sifat Allah dan keyakinannya yang begitu mendalam terhadap kemutlakan
materi.
Dan berkata Fir’aun: Wahai
pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui tubah bagimu selain aku. Maka bakarlah
hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untuk bangunan yang tinggu
supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar
yakin bahawa dia termasuk orang-orang pendusta. Surah Al-Qasas: 38
Tetapi Allah s.w.t adalah
Pencipta ruang dan sudah pasti tidak terbelenggu di dalam ruang yang
diciptakan-Nya. Ruang adalah khusus untuk makhluk ciptaan-Nya dan Allah adalah
maha tinggi daripada segala makhluk ciptaan dan pengetahuan-Nya meliputi
segala-galanya.
Manusia yang terjerumus di bawah
fahaman materialisme gagal untuk menggarap hakikat ini dengan menganggap bahawa
Allah bersemayam di atas langit. Setengah yang lain melihat ke atas langit
ketika berdoa, tetapi bagi mereka yang benar-benar memahami pengertian
asmaul-Husna-Nya sangat menyedari kehadiran-Nya di mana saja mereka berpaling.
Allah berfirman tentang hakikat ini:
Dan kepunyaan Allah timur dan
abrat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya!
Allah maha luas lagi maha mengetahui. Surah al-Baqarah: 115
Dia tidak dapat dicapai oleh
penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan, dan Dia-lah
yang maha halus lagi maha mengetahui. Surah al-An’aam: 103
2)
Ajaran bahawa Tuhan mencipta alam semesta termasuk
manusia dan kemudian meninggalkan mereka tanpa sebarang pertanggungjawaban.
Ajaran agama baitl ini mendakwa
bahawa Allah untuk pertamanya mencipta seluruh alam semesta termasuk segala
makhluk hidupan dan kemudian meninggalkan mereka bersendirian, iaitu berada
pada kedudukan yang jauh. Menurut fahaman ini, manusia ditinggalkan bergelut
menentukan nasib mereka sendiri....
Akan tetapi, Allah juga bukan
sahaja tidak dibelenggu oleh ruang tetap juga oleh masa. Apabila Dia mencipta
alam semesta dan manusia, Dia mencipta mereka bersama-sama dengan masa silam
dan hadapan di dalam suatu detik. Ini bermaksud, Allah mencipta segalanya
dengan takdir mereka secara individu. Tanpa mengalaminya, manusia tidak dapat
mengetahui sesuatu tentang masa hadapan. Tetapi Allah s.w.t. maha mengetahui
masa hadapan bagi setiap individu manusia dan setiap detik yang akan
dilaluinya. Ini adalah kerana Allah jualah yang mencipta setiap detik yang
dilalaui, setiap perkataan yang diucap dan setiap perbuatan yang dilakukan. Dan
sudah pasti Dia tidak mencipta alam semesta dan kemudian meninggalkannya
sendiri, bahkan, Dia mencipta setiap detik kehidupan seluruh makhluk
ciptaan-Nya mulai sejak permulaan sehingga ke saat terakhir. Segalanya, sehelai
daun yang gugur atau peristiwa yang dialami oleh seseorang sepanjang hidupnya, terjadi
selaras dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.
Dan pada sisi Allah kunci-kunci
semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia
mengetahui apa yang di darat dan di laut, dan tiada sehelai daun pun yang gugur
melainkan Dia mengetahuinya. Dan tidak jatuh sebut biji pun dalam kegelapan
bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering melainkan tertulis dalam
kitab yang nyata. Surah al-An’aam: 59
Padahal Allah yang menciptakan
kamu dan apa yang kamu perbuat itu. Surah as-Saffat: 96
3)
Kufur terhadap Kewujudan syurga dan neraka
Sebahagian individu yang
diselubungi pengaruh pemikiran materialis tidak mempercayai mengenai kewujudan
syurga dan neraka walaupun mungkin percaya kepada kewujudan Tuhan. puncanya
ialah kerana mereka tidak dapat memastikan kewujudan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh mata atau disentuh dengan tangan.
Bagi seseorang yang mempunyai
kebijaksanaan dan akal yang waras, di sana terdapat petanda yang jelas
mengisyaratkan akan kewujudan Tuhand an Hari Kemudian, contohnya langit dan
bumi yang diciptakan dengan begitu rapi dan harmoni, dan begitu juga sel yang
merupakan bahan binaan asas bagi seluruh organisma hidupan. Alam yang menampung
kehidupans etiap individu sarat dipenuhi dengan petanda maha Pencipta. Sesiapa
sahaja dengan akalyang waras dapat memahami bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta
setiap yang bernyawa buat kali pertama, dan Dia juga amat berkuasa untuk
menghidupkan mereka buat kali kedua di saat hari kebangkitan. Golongan yang
menafikan hakikat ini diterangkan di dalam Qur’an sebagai berikut:
Dan mereka berkata: Apakah bila
kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benarkan
kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru? Katakanlah: Jadilah
kamu sekalian batu atau besi, atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak
mungkin menurut fikiranmu. Maka mereka akan bertanya: Siapa yang akan
menghidupkan kami kembali? Katakanlah: Yang telah menciptakan kamu pada kali
pertama. Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan
berkata: Bilakah itu akan terjadi? Katakanlah: Mudah-mudahan waktu kebangkitan
itu dekat. Iaitu pada hari Dia memanggil kamu lalu kamu mematuhi-Nya sambil
memuji-Nya dan kamu anggap kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar
saja. Surah al-Isra: 49-52
Kegagalan mereka untuk memahami
hakikat kebangkitan dan keraguan mereka terhadap kebenaran ini sekali lagi
adalah diakibatkan kepercayaan materialisme yang menyeleweng. Materialis
melihat proses fenomena kejadian seorang manusia sebagai hasil tindakbalas
unsur dan zarah. Mereka menegaskan bahawa aspek metafizik manusia (jiwa dan
emosinya) juga terhasil melalui tindakbalas yang serupa. Berdasarkan kenyataan
itu, mereka menafsirkan saat kebangkitan sebagai pembinaan semula materi dan
sekaligus gagal membayangkan kemungkinan proses ini. (ini bermaksud, mereka
tidak dapat menerima bahawa materi yang telah musnah dapat hadir dan bersatu
semula).
Apa yang gagal mereka fahami
ialah bagaimana tubuh badan yang telah hancur dapat bercantum kembali setelah
kematian, namun begitu mereka harus memikirkan bahawa manusia pada asalnya
diciptakan daripada tiada. Seandainya demikian halnya, mempertikai kebenaran
peristiwa kebangkitan atau meragui hakikat ini adalah suatu yang kurang bijak.
Di dalam Qur’an, Allah mengisyaratkan tentang proses hari kebangkitan sebagai
berikut:
Maka apakah Kami letih dengan
penciptaan yang pertama? Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang
penciptaan yang baru. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya
dari urat lehernya. Surah Qaf: 15-16
Hakikatnya,
roh adalah merupakan entiti yang hakiki bagi tiap diri seseorang dan bukanlah
longgokan pepejal daging dan tulang temulang. Kematian memusnahkan struktur
tubuh badan namun roh tetap hidup selama-lamanya. Kematian hanyalah suatu
pengalaman perpindahan roh menuju ke alam kehidupan Hari Kemudian. Allah
berfirman:
Kemudian
Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam (tubuh) roh-Nya dan Dia menjadikan
bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) sedikit sekali kamu
bersyukur. Dan mereka berkata: ‘Apakah bila kami telah lenyap (hancur) di dalam
tanah, kami benar-benar akan berada dalam ciptaan yang baru. Bahkan mereka
(sebenarnya) ingkar akan menemui Tuhannya. Katakanlah: ‘Malaikat maut yang
diutus untukmu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmu-lah kamu akan
dikembalikan. Surah as-Sajadah: 9-11
Perasaan prejudis yang disemai oleh golongan ini mengakibatkan mereka terhalang daripada memahami walaupun hakikat yang begitu nyata. Di dalam banyak ayat, Allah menyatakan bahawa golongan yang mengingkari Hari Kemudian dan meragui kematian sebagai suatu saat akhir adalah golongan yang tidak menggunakan akal fikiran:
Pernahkah kamu melihat orang yang
menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat
berdasarkan ilmu-ilmu-Nya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberikannya
petunjuk sesudah Allah. Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran? Dan
mereka berkata: ‘Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja,
kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita melainkan masa’,
dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu; mereka tidak
lain hanyalah menduga-duga sahaja. Surah al-Jathiyah: 23-24
Sebaliknya,
keadaan para mukmin pula diterangkan sebagai berikut:
Iaitu orang-orang yang mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat.
Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka
itulah orang-orang yang beruntung. Surah Luqman: 4-5
Iaitu orang-orang yang beriman
kepada yang ghaib, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang
Kami berikan kepada mereka. Dan orang yang beriman kepada (kitab) yang
diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum engkau sedang mereka itu
yakin akan adanya akhirat. Surah al-Baqarah: 3-4
Berhubung dengan usaha menentang
agama yang dianjurkan oleh golongan ateis, di sana terdapat dua perkara penting
yang harus dipertimbangkan. Satu daripadanya ialah membatalkan teori evolusi
daripada perspektif saintifik agar umat manusiam engetahui bahawa kewujudan
mereka bukanlah suatu hasil kebetulan tetapi adalah merupakan hasil
kebijaksanaan dalam penciptaan Allah s.w.t. Dan yang kedua ialah untuk memaklumkan
manusia mengenai hakikat sebenarmateri dan sekaligus membantu mereka memahami
ajaran agama yang sebenar. Sesiapa yang memahami bahawa dirinya adalah lebih
daripada sekadar materi juga akan menyedari akan hakikat kehebatan Penciptanya,
Allah s.w.t.
Hakikat bahawa Allah meliputi
segala-galanya dan tidak dikekang oleh ruang dan masa, dan bahawa takdir setiap
makhluk yang bernyawa telah ditentukan, dan bahawa syurga dan neraka telah pun
wujud dan, bahawa segala tingkahlaku manusia adalah diciptakan oleh Allah, pada
asasnya adalah merupakan hakikat yang dibentangkan oleh agama hak yang mudah
difahami. Bagaimanapun, segelintir manusia enggan untuk mengakui kebenaran ini,
samada sedar atau pun tidak, akibat daripada pengaruh fahaman materialis. Dan
dengan itu, adalah satu keperluan bagi mereka untuk melepaskan diri daripada
belenggu rasa prejudis dan mempelajari mengenai hakikat sebenar kebendaan. Bab
terakhir di dalam buku ini, Hakikat Kebenaran Yang Membatalkan Agama Batil dan
Kekeliruan Evolusi mendedahkan intipati sebenar kebendaan dan melihatkan bahawa
apa yang sehingga kini dianggap sebagai suatu misteri yang rumit sebenarnya
adalah merupakan hakikat kebenaran yang begitu jelas, terang dan mudah.