Apa pun yang kita lihat dan
rasakan, samada seketul batu atau tanah, kerusi di mana kita bersandar, udara
yang kita sedut, makanan yang kita makan untuk terus hidup, air yang terdiri
daripada dua pertiga daripada kandungan tubuh badan, dan sebagainya yang
terletak di luar atau dalam tubuh badan, yang hidup atau yang mati, hakikatnya
adalah terbina daripada atom. Selain itu, galaksi-galaksi, bebintang, matahari
dan planet bumi yang menjadi tempat tinggal kita adalah terdiri daripada
himpunan atom termasuk diri manusia sendiri. Dan hakikatnya, segala-galanya
adalah terbina daripada susunana atom.
Makhluk hidupan termasuk manusia
terbina daripada pelbagia unsur atom seperti karbon, hidrogen, oksigen,
kalsium, magnesium dan besi. Di satu sudut lain, Darwinisme menegaskan bahawa
atom-atom secara mendadak terhimpun bersama melalui suatu kuasa kebetulan.
Iaitu, rasional evolusionis menyimpulkan bahawa longgokan atom-atom kaku
melakukan mekanisme membuat-keputusan dan yang akhirnya membentuk, sebagai
contoh, seorang jurutera nuklear yang amat mahir di dalam bidang fizik atom.
Dengan memerhatikan secara lebih
dekat terhadap dakwaan yang tidak berasas ini, kita dapat menyimpulkan konklusi
berikut: di bawah satu kuasa yang tidak diketahui asal usulnya, pelbagai atom
mula wujud yang kemudiannya secara kebetulan berkumpul bersama untuk
menghasilkan bintang-bintang dan planet, ringkasnya seluruh alam semesta.
Kemudian, melalui longgokan kebetulan atom yang sama, sebutir sel hidupan
dengan struktur yang begitu kompleks mula terhasil. Sel hidup ini kemudiannya
melalui sebuah proses evolusi dan menghasilkan pelbagai hidupan dengan sistem
yang begitu luarbiasa, dan di kemuncak siri perubahan ini akhirnya membentuk
seorang individu manusia dengan fungsi kebijaksanaan yang rumit. Seorang
manusia yang tercipta semata-mata akibat proses kebetulan, sekali lagi berjaya
menemui atom yang membina dirinya dengan membuat pemerhatian melalui mikroskop
elektron misalnya, yang juga dibentuk melalui kebetulan. Inilah sebenarnya yang
didakwa oleh Darwin sebagai sebuah tesis saintifik, dan teori evolusi
kemudiannya secara jelas menerima setiap atom sebagai ‘tuhan’.
Pada hakikatnya, kekisi atom yang
membina individu manusia dengan fungsi kebijaksanaan dan intelektual tidak
memiliki sebarang kualiti atau kuasa dengan sendirinya. Akan tetapi,
evolusionis entah bagaimana mendakwa bahawa atom yang mati membentuk individu
manusia dan kemudian ‘struktur atom’ ini memutuskan untuk pergi ke seklah dan
berjaya memiliki segelung ijazah daripada universiti. Berdasarkan kepada
dakwaan yang sama, atom-atom memiliki kebolehan yang sangat memukau; mampu
merasa makanan yangjuga terbina daripada atom; menghidu bau menyegarkan
sekuntum bunga mawar yang juga terbina daripada atom dan memberi senyuman yang
manis. Atom yang sama juga merasa kehangatan udara di sekitarnya. Pada masa
yang sama, atom-atom juga mendengar gelombang suara yang dipindahkan dari radio
dan mengubahnya menjadi irama muzik. Menurut evolusionis lagi, pelbagai atom
yang berkumpul secara rawak mampu berfikir, merasa rindu, sedih dan gembira
serta bergelak ketawa ketika menonton sebuah filem komedi. Komuniti jahiliyyah
silam mendakwa bahawa ukiran kayu sembahan mereka memiliki kuasa istimewa,
sebaliknya evolusionis yang ada hari ini menyifatkan kuasa istimewa tersebut
kepada atom-atom.
Akan tetapi, adalah sangat jelas
bahawa tidak ada sesuatu pun di dalam alam semesta yang dapat diserahkan
kewujudannya semata-mata kepada kebetulan, iaitu pada asasnya di sana terdapat
sebuah kuasa dan kebijaksanaan superior yang bertanggungjawab terhadap ciptaan
hidupan di atas muka bumi. Seluruh kehebatan di dalam penciptaan manusia dan
alam sendiri di kelilingi dengan petanda sebuah kebijaksanaan yang amat tinggi.
Pemilik kebijaksanaan ini adalah Allah s.w.t., Tuhan seluruh langit dan bumi.
Allah berfirman kesia-siaan
golongan penyembah tuhan yang batil ini dan mereka kelak pasti akan
dimusnahkan:
Dan Kami seberangkan Bani Israil
ke seberang lautan itu, maka setelah mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap
menyembah berhala, Bani Israil berkata: ‘Hai Musa! Buatlah untuk kami sebuah
tuhan sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan’. Musa menjawab:
‘Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil’. Sesungguhnya mereka itu akan
dihancurkan kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang sering mereka
kerjakan. Surah Al-A’raf: 138-140
Amalan
Menyembah Matahari
Antara perbezaan lain di antara
materialis dan evolusionis hari ini dengan masyarakat jahiliyyah zaman silam
adalah berkaitan dengan suatu doktrin yang berasaskan penyembahan matahari yang
berakar sejak dahulu kala. Sebagai sumber cahaya dan tenaga, manusia sering
menganggap bahawa kewujudan mereka adalah disebabkan matahari dan sekaligus
mendewa-dewakannya. Sepanjang sejarah, kepercayaan khurafat ini telah
menyesatkan sejumlah tamadun manusia daripada agama Allah yang sebenar.
Al-Qur’an mengisyaratkan hal ini dan menjadikan Kaum Saba’ di zaman Nabi
Sulaiman a.s sebagai contoh yang menjadikan matahari sebagai tuhan sembahan:
Aku mendapati dia dan kaumnya
menyembah matahari selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang
indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalang mereka dari jalan (Allah),
sehingga mereka tidak dapat petunjuk. Agar mereka tidak menyembah Allah yang
mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa
yang kamu sembunykan dan apa yang kamu nyatakan. Surah An-Naml: 24-25
Apa yang jelas, penyembahan
matahari adalah suatu praktikal jahiliyyah yang sesat. Memang benar bahawa
matahari menyinarkan haba dan cahaya kepada bumi, akan tetapi rasa syukur
seharusnya ditujukan kepada Allah s.w.t sebagai Penciptanya. Matahari adalah
sekadar sebuah jisim materi tanpa sebarang kuasa yang diciptakan oleh Allah.
Suatu hari kelak, sumber tenaganya akan kehabisan dan pasti mati, atau pun
Allah akan memusnahkannya lebih awal sebelum saat itu. Oleh kerana Allah adalah
Pencipta kepada matahari dan setiap jasad samawi yang lain, maka kepada-Nyalah
rasa syukur harus ditujukan. Hal ini dinyatakan sebagai berikut:
Dan sebahagian dari tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada
matahari dan juga bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya,
jika kamu hanya menyembah kepada-Nya. Surah Fussilat: 37
Apa yang menarik, golongan
evolusionis hari ini mengulangi semula asas yang amat serupa dengan agama pagan
penyembahan matahari ini melalui dakwaan bahawa kewujudan manusia adalah
berpunca daripada matahri. Menurut sumber evolusionis, asal usul hidupan di
muka bumi adalah berpunca daripada matahari dan sinaran yang dipancarkan
darinya menyalakan hidupan di planet ini. Tenaga suria juga didakwa
bertanggungjawab ke atas generasi spesis hidupan dan sumber sinarannya sebagai
punca kepada proses mutasi yang mengakibatkan perubahan. Pendekatan ini
diterangkan oleh Carl Sagan, seorang ahli astronomi terkemuka Amerika yang
menulis di dalam bukunya, Cosmos:
Nenek moyang kita menyembah
matahari dan mereka terselamat dari amalan yang bodoh.. Sekiranya kita mesti
menyembah sebuah kuasa yang lebih gagah daripada kita, bukankah mengagungkan
matahari dan bintang itu adalah suatu yang masuk akal?
Harlow Shapley, ahli astronomi
evolusionis yang merupakan seorang mentor Carl Sagan terkenal kerana ucapannya:
Orang-orang alim menulis, ‘Pada permulaannya Tuhan’, tetapi saya katakan, ‘Pada
permulaannya hidrogen’. Iaitu Shapley peraya bahawa dengan peredaran masa, gas
hidrogen berevolusi menjadi haiwan, pokok-pokok dan manusia. Apa yang jelas,
pendewaan ke atas materi dan alam menggambarkan seluruh pandangan tidak masuk
akal yang diutarakan oleh para evolusionis. ‘Agama’ bagi mereka adalah
berdasarkan kepada penyembahan materi dan alam sekeliling.
Di satu sudut lain, individu
manusia yang bijak dan berhikmah pasti akan memahami bahawa seluruh alam
semesta tidak sekali-kali merupakan produk ciptaan material yang mati dan kaku.
Sebaliknya, mereka akan mendapati kehebatan perancangan yang teliti dan
kesenian di dalam setiap ciptaan serta mengakui akan kebesaran dan keagungan
Allah s.w.t. Namun begitu, sebilangan besar manusia yang ada hari ini tetap
buta terhadap hakikat ini dan terus mengagungkan kebendaan (materi). Ini adalah
kerana, sebagaimana kaum Saba’: “Syaitan menjadikan perbuatan mereka itu indah
di pandangan mereka dan memalingkan mereka daripada jalan (yang benar), dan
mereka itu tidak diberi hidayah’.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar