Di dalam himpunan Risalah An-Nur,
sebuah koleksi ulasan berdasarkan al-Qur’an oleh Said Nurisi yang juga dikenali
sebagai Badi’uzzamandan merupakan salah seorang intelektual Islam abad 20,
terdapat banyak perbahasan yang membincangkan kecacatan materialisme dan naturalisme.
Materialisme dapat ditakrifkan sebagai ‘mengakui akan kewujudan materi sebagai
hakikat tunggal’. Naturalisme sebaliknya adalah penyembahan alam semulajadi.
Melalui istilah ini, Badi’uzzaman menumpukan perhatian terhadap materialisme
dan Darwinisme, iaitu asas bagi kekufuran dan memberi penjelasan terperinci
mengenai kecacatan logik pergerakan agama palsu ini:
Atau pun mereka membayangkan
seperti mana yang dilakukan oleh materialis Fir’aun bahawa ‘mereka wujud dengan
sendirinya, mendapat makanan dengan sendiri dan mencipta segala yang mereka
perlukan dengan sendiri’ dan dengan itu, mereka tidak perlu beriman dan
mengabdikan diri? Ini bererti mereka menganggap diri mereka sebagai pencipta,
sebaliknya pencipta adalah sesuatu yang menjadi Pencipta kepada segalanya. Ini
bermaksud, kesombongan dan penipuan menjadikan mereka begitu bodoh di mana
mereka membayangkan seseorang sebagai pemilik kuasa yang mutlak yang begitu
jelas amat lemah dan bahkan dapat ditewaskan oleh seekor nyamuk atau mikrob.
Materialis yang menggunakan akal
adalah terhadap kepada apa yang terlihat jelas di hadapan mereka, dengan
falsafah karut-marut yang berdasarkan kepada penipuan mereka, mengambil
perubahan zarah yang dianggap sebagai hasil kebetulan untuk menjadi seluruh
prinsip asas mereka dan melihlatkan bahawa hasil kerja ciptaan Ilahi terhasil
melalui perubahan sembarangan itu. Sesiapa sahaja walaupun dengan sedikit
kecerdasan akan memahami bagaimana tiak masuk akal untuk menganggap ciptaan
yang dihiasi dengan contoh kebijaksanaan yang tidak terbatas kepada sesuatu
yang berteraskan kebetulan tanpa pengertian dan tujuan, yang sangat
sembarangan.
Di dalam kenyataan di atas,
Badi’uzzaman menarik perhatian kita terhadap kenyataan bahawa adalah sesuatu
yang kurang waras bagi seseorang untuk mengangkat dirinya sebagai tuhan dan
yang sebenarnya makhluk yang lemah untuk mendakwa bahawa kewujudannya dan
kesempurnaan alam semesta sebagai suatu ‘kebetulan’. Kekufurannya terhadap
kewujudan Maha Suci Allah adalah kekafiran yang paling besar. Badi’uzzaman
menyatakan bahawa terdapat banyak usaha pergerakan anti-agama yang semakin
meluas di era kita dan adalah menjadi tanggungjawab besar untuk menyelamatkan
umat manusia dari ancaman gerakan ini:
Falsafah kelahiran baru naturalis
dan materialis yang kejam akan beransur-ansur menjadi kuat dan tersebar
sehingga ke akhir zaman.. mencapai ke suatu tahap di mana menafikan Tuhan..
Adalah jelas kebodohan manusia yang lemah, yang berupaya dimusnahkan oleh
seekor lalat dan tidak pula mampu walaupun mencipta sebilah kepak lalat, untuk
mengaku sebagai tuhan.....
Seperti yang dinyatakan oleh
beliau, kepercayaan bahawa materi yang mati mencipta alam semesta dan hidupan
dengan sendirinya adalah suatu yang sangat-sangat tidak masuk akal. Lebih dari
itu, adalah suatu yang amat mustahil untuk berkata bahawa seorang manusia
dengan kepercayaan seumpama itu memiliki kebijaksanaan dan kewarasan akal
fikiran. Sebenarnya, Nabi Ibrahim a.s telah menyatakan betapa jelas kedangkalan
akal fikiran para musyrikin ketiak menyembah ukiran kayu yang dibuat oleh
mereka sendiri:
Ibrahim berkata: ‘Maka mengapakah
kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikit
pun dan tidak memberi mudarat kepada kamu? (Celakalah) kamu dan apa yang kamu
sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami? Surah Al-Anbiya: 66-67
Tidak ada komentar:
Posting Komentar