Golongan kufur zaman lalu
mendakwa bahawa patung-patung yang diukir dengan batu dan kayu, yang tidak
berkuasa untuk bergerak atau berbicara, memiliki sejenis kuasa bahkan mencipta
alam semesta dan menguasainya, dan mereka menyembahnya dan memohon kesihatan,
rezeki dan anugerah rahmat darinya. Dengan keterangan ini, kita dengan jelas
dapat membandingkan di mana majoriti besar manusia hari ini juga turur
mengamalkan rasional serupa seperti yang dilakukan oleh para musyrikin silam.
para materialis dan evolusionis percaya bahawa unsur tidak bernyawa yang
tersusun melalui himpunan dan longgokan atom yang kaku sebagai suatu kuasa.
Mereka mendakwa bahawa sebagai suatu hasil kebetulan, materi yang tidak
bernyawa berupaya mencipta dirinya sendiri untuk menghasilkan variasi hidupan
yang sempurna dan begitu kompleks.
Bahkan, mereka menganggap semua
kejadian did alam alam semesta adalah di bawah kekuasaan atom-molekul yang kaku
dan mati ini. Sebagai contoh, mereka menganggap bencana alam akibat gempa bumi
(yang mereka sifatkan sebagai ‘kemurkaan alam’ atau ‘bencana alam’) adalah
terjadi kerana kehendak ‘alam semulajadi’. Walau bagaimanapun, mereka gagal
untuk menerangkan hakikat sebenar kuasa atau asal usul kuasa yang dipanggil
alam ini. Unsur yang dipanggil alam pada hakikatnya adalah tidak berbeza dengan
tuhan sembahan yang digelar oleh masyarakat kufur silam sebagai ‘dewa bumi’
atau ‘dewa pemberi rezeki’. Perbezaan di antara keduanya hanyalah bentuk
simbol; ketuhanan kini disifatkan sebagai materi yang mati dan tidak mampu
dicapai dan juga kuasa kebetulan, yang mereka yakini bertanggungjawab terhadap
kuasa penciptaan.
Pierre
Paul Grasse, seorang ahli zoologi Perancis dan evolusionis yang bersemangat,
menerangkan konsep ketuhanan yang tersembunyi bagi golongan evolusionis dan
materialis sebagai berikut:
Kebetulan menjadi suatu pengurnia
rezeki, di mana, di sebalik tirai ateisme, tidak dijolokkan dengan nama tetapi
disembah secara rahsia.
Penyifatan kuasa penciptaan
terhadap material yang tidak berjiwa dan atom yang mati adalah kecacatan logik
akal yang sangat serius. Seperti mana kepercayaan para musyrikin zaman silam
bahawa patung sembahan mereka adalah berkuasa mencipta makhluk hidupan, maka
begitu jugalah halnya bagi para materialis dan evolusionis di zaman in ibahawa
materi secara spontan berevolusi menjadi makhluk hidupan yang memberi suatu
pengertian di mana elemen dan sejumlah unsur bahan sebagai kuasa hidup dan
sedar yang membolehkannya memutuskan dan bertindak di atas sesuatu keputusan.
Daripada sudut pandangan ini, mereka sebenarnya menyifatkan segala-galanya
sebagai suatu sifat ketuhanan.
Sebagai contoh, evolusionis
menganggap sekuntum bunga mawar dengan warna merahnya yang memukau yang tumbuh
di permukaan tanah yang kotor sebagai tuhan kerana mereka percaya bahawa bunga
mawar tersebut wujud dengan sendiri atau bahan dan unsur yang membinanya secara
spontan mencipta dan membentuknya. Begitu juga halnya, mereka melihat buah
limau, epal, strawberi, pisang, anggur, bebunga, rusa, singat, gajah, semut,
lebah, lalt, ikan dan ringkasnya, seluruh makhluk hidupan termasuk bukan hidupan
memiliki kemampuan mencipta diri sendiri kerana mereka mendakwa bahawa semuanya
membentuk struktur fizikal yang ada hari ini melalui kehendak dan kekuasaan
yang tersendiri.
Dalam sebuah contoh lain,
evolusionis mendakwa bahawa seekor lebah yang dahulunya adalah haiwan lain
tidak semena-mena memutuskan untuk menjadi seekor lebah dan kemudian mula
membentuk mekanisme tubuh badan yang berupaya menghasilkan madu. Mereka
mendakwa bahawa lalat pada mulanya tidak berupaya untuk terbang, tetapi
kemudiannya membentuk sepasang sayap dan dengan itu memulakan penerbangan.
Bahkan, lalat ini menyiapkan diri mereka dengan mekanisme penerbangan yang
sempurna dengan teknologi yang jauh lebih canggih berbanding kapal terbang dan
helikopter yang ada hari ini.
Para evolusionis amat mahir
mereka-reka cerita yang sama ke atas berjiwa juta hidupan lain di atas muka
bumi. Semuanya berkongsi asas yang sama iaitu; susunan atom mati yang membina
organisma hidupan atau alam di mana mereka berada memiliki semacam suatu fungsi
sedar dan kebijaksanaan. Istilah-istilah seperti pilihan semulajadi, mutasi
rawak dan pemisahan geografi yang memberi sedikit sentuhan saintifik menghiasi
cerekarama yang dihasilkan oleh evolusionis. Apa yang mereka agungkan pada
hakikatnya adalah material kaku di dalam alam secara spontan berkuasa mencipta
makhluk hidupan iaitu pisang, lalt, kucing, ikan paus, zirafah, rama-rama,
semut, gajah dan generasi mereka seterusnya.
Berdasarkan kepada evolusionis,
atom-atom ini jugalah yang mencipta ruang atmosfera dengan begitu sempurna,
mentadbir dan mereka bentuknya. Dan dengan itu, atmosgera mampu menjadi sebuah
atap protektif bagi planet bumi dan membentuk segala keperluannya. Ini
bermaksud, mereka yang mengagungkan materi yang menyifatkan kekuasaan mutlak
kekuasaannya. Menurut mereka, karbon, hidrogen, nitrogen dan besi semuanya
adalah kuasa pencipta.
Sekali lagi, menurut keperacyaan
pelik ini, atom yang sama juga mula berhimpun dan tidak semena-mena menyusun
dirinya untuk membentuk sepasang mata yang mampu melihat. Tingkahlakunya begitu
rapi dan sempurna yang memastikan bahagian lain mata akan membentuk rongga mata
dan dengan begitu sabar menunggu sebarang akibat kebetulan yang akan membentuk
rongga sebelum membentuk organ mata. Evolusionis melihat bahawa atom yang
membina mata adalah pencipta kerana mereka percaya bahawa semuanya itu
‘berkemampuan untuk mencipta organa sesempurna itu’. Seperti mana masyarakat
musyrikin silam menganggap hujan sebagai tuhan, para evolusionis juga turut
mengangkat atom yang membina organ mata sebagai tuhan mereka.
Dari sudut pandangan ini, setiap
individu dapat menyimpulkan bahawa agama bagi materialis dan evolusionis
memiliki berjuta-juta tuhan untuk disembah. Dengan mendakwa bahawa setiap
makhluk di dalam alam semesta wujud dengan sendirinya melalui sesiri kebetulan
adalah bererti mengakui setiap satu daripada hidupan dan kuasa ini sebagai
pencipta. Hal ini tidaklah jauh berbeza jika dibandingkan dengan logik yang
mendorong seseorang itu menyembah berhala atau memohon kesihatan dan kebaikan
kepada patung yang diukir. Pada hakikatnya, era zaman penyembahan berhala ini
kembali dipraktikkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar