Sesetengah pembaca mungkin
berfikir bahawa Darwinisme dan materialisme tidak mungkin menjadi asas penting
bagi sistem kekufuran disebabkan sebahagian besar manusia tidak langsung menyedari
konsep ini dan jauh dari mengamalkan sistem tanpa agama apatah lagi untuk
memisahkan kehidupan daripadanya. Seimbas pandang, kenyataan ini ada benarnya;
di zaman ini manusia cenderung hidup tanpa sebarang nilai kewarasan akal
fikiran. Keinginan-keinginan seperti mengejar wang ringgit dan membina gaya
hidup yang ekstrem memenuhi setiap aspek budaya dan sosial yang lazim,
khususnya di kalangan remaja. Budaya ini mengabaikan kepentingan tarbiyah
naluri seperti persoalan, Bagaimana saya wujud? atau, Siapakah yang mencipta
saya? Manusia tidak pernah terfikir untuk mempersoalkan maksud penciptaa mereka
atau pun pembohongan yang jelas dilakukan di dalam teori evolusi. Bahkan,
mereka disibukkan dengan pelbagai isu yang remeh-temeh seperti kehidupan
selebriti dan gosip hangat bintang pujaan yang sebenarnya mempunyai pengaruh
kerosakan yang besar sekaligus menutup mata hati mereka dari memikirkan hakikat
penting yang lain seperti soal kewujudan dan maksud penciptaan. Apa yang
menjadi rutin harian seperti mencari kebendaan dan masalah remeh-temeh terus
menerus menguasai akal mereka. Ringkasnya, individu yang meletakkan kepercayaan
mereka terhadap Darwinisme sepenuhnya dan secara sedar menganut falsafah
materialis bukanlah merupakan bahagian yang besar di dalam masyarakat; majoriti
manusia yang hidup jauh daripada pegangan agama adalah kerana tidak menggunakan
akal fikiran. Di titik ini, sebuah persoalan timbul: Adakah Darwinisme dan
materialisme sangat penting?
Penelitian lebih hampir
mendedahkan bahawa Darwinisme pada hakikatnya adalah kuasa paling besar yang
menunjangi sistem agama batil kerana para penganutnya, walaupun merupakan
bahagian yang kecil di dalam sesuatu masyarakat, tetapi adalah merupakan
barisan intelektual di dalam masyarakat berkenaan. Sebagai contoh, di dalam
satu kajian sosial yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, hanya sembilan
peratus dari seluruh individu mengaku mereka adalah golongan evolusionis ateis.
Akan tetapi, bahagian masyarakat ini adalah merupakan golongan yang menduduki
jawatan penting di dalam pelbagai universiti, media massa, institusi saintifik
kerajaan dan di dalam industri perfileman. Anggota yang mentadbir masyarakat,
yang menubuhkan polisi pendidikan dan membentuk corak pemikiran masyarakat
melalui media secara umumnya adalah merupakan golongan tersebut.
Secara global, situasi ini dapat
dilihat sebagai suatu kelaziman di dalam banyak negara. Di sini, indikasi
penting adalah usaha bersifat kebudayaan dan ideologi yang diutarakan oleh para
penyokong ideologi komunis. Kecuali di dalam beberapa negara, fahaman komunisme
telah pun disingkirkan. Walaupun begitu, komunisme mashi tetap dijulang oleh
golongan tertentu kerana prinsip keraja
komunisme iaitu aliran falsafah materialisme masih kekal hidup. Pada masa yang
sama, para komunis mengutarakan mesej antaranya; Marx menghadapi sedikit
kegagalan di dalam teori ekonominya, namun materialisme masih tetap bertahan.
Sebenarnya, di dalam kebanyakan negara, pergerakan komunis adalah berada di
dalam kedudukan yang kukuh dengan pengaruh yang besar di dalam pelbagai bidang
sains, kesenian dan falsafah. Mereka menguasai sebahagian besar psuat
penerbitan dan fahaman mereka begitu tersebar luas di dalam banyak anjuran
pesta-pesta buku. Sekumpulan kolumnis dan eksekutif di dalam media popular yang
umumnya dikenali sebagai generasi 60-an adalah berlatar-belakangkan fahaman
Marxisme. Walaupun begitu yakin dengan kegagalan ekonomi komunisme, mereka
tetap setia terhadap falsafah materialis dan tetap menganggap agama samawi
sebagai candu bagi masyarakat.
Sebaliknya, Darwinisme aalah
agama yang hakiki bagi mereka. Mereka berdegil mempertahankan Darwinisme dan
berusaha gigih untuk menghidupkan semula teorinya. Kesannya, sebahagian besar
masyarakat tidak pernah memikirkan persoalan seperti kewujudan manusia akibat
tipu daya Darwinisme. Di dalam institusi pendidikan pula, para pelajar diindoktrinasikan
oleh para instruktor berfahaman Darwinisme sambil mempamerekan sejumlah buku
ateisme dan mengumandangkan mesej yang sama di pusat pameran serta di galeri
kesenian dan teater. Ringkasnya, beginilah sebenarnya pembudayaan mentaliti
ateisme yang sekaligus mempengaruhi golongan terpelajar dan individu lain di
dalam masyarakat. Mereka yang terjerat dengan pengaruh ini pasti akan
beranggapan bahawa Darwinisme adalah sebuah realiti saintifik dan memandang
agama sebagai sebuah kepercayaan tradisional yang dianut oleh masyarakat silam
dan golongan yang ketinggalan zaman. Hal yang serupa, di dalam al-Qur’an ketika
manusia ditanya, Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu? Golongan yang kafir
akan menjawab, ‘Cerita-cerita orang terdahulu’.
Pada asasnya, agama adalah sebuah
hakikat kebenaran yangjelas dan mutlak yang tidak berkaitan dengan sebarang
tradisi atau adat budaya tertentu. Agama adalah merupakan hubungan makhluk
dengan Tuhan, iaitu hakikat yang sering diabaikan oleh evolusionis. Sebagai
langkah untuk memusnahkan budaya ateis dan merentap tabir yang menutup mata
hati sesebuah masyarakat, adalah satu keperluan untuk memusnahkan Darwinisme
berserta falsafah materialis yang lain dengan memanfaatkan kajian-kajian
saintifik yang mutakhir.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar