“Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang
batil lalu yang hak itu menghancurkannya maka dengan
serta merta yang batil itu lenyap.”
Surah al-Anbiya: 18
Seimbas pandang, anda mungkin
berasa keliru mengenai tajuk “Agama Batil” oleh kerana ‘agama’ seperti mana
yang difahami umum biasanya dikaitkan dengan wahyu samawi. Selain itu, terdapat
juga beberapa kepercayaan lain yang dipanggil sebagai ‘pseudo agama’ seperti
Buddhisme dan Hinduisme. Seperti mana yang tertulis ‘Agama Batil’ adalah suatu
konsep yang menolak agama sepenuhnya dan menafikan kewujudan Allah s.w.t.
Akan tetapi hari ini, di setiap
sudut dunia terdapat beberapa sistem kepercayaan seolah-olah agama yang menjadi
anutan walaupun tidak dinamakan sebagai sebuah ajaran ‘agama’. Di dalam buku
ini, apa yang kami maksudkan sebagai agama batil adalah ideologi seperti
materialisme, komunisme, Darwinisme (asas saintifik bagi ideologi tersebut) dan
beberapa sistem lain yang berasaskan kepada kemungkaran. Ini adalah kerana
seiring dengan peredaran masa, semua anutan ini bertukar menjadi sebuah konsep
yang lengkap dengan sistem dan praktik kepercayaan yang tersendiri. Bahkan,
masing-masing memiliki pemimpin idola dan sumber rujukan yang kekal menjadi
pegangan para pengikutnya. Agama batil yang tersebar begitu meluas dan menarik
jumlah penganut yang besar dengan berusaha menjadikan ‘agama batil’ ini
mengatasi dan menentang keadilan dan agama yang hak (iaitu Islam) secara
berterusan dengan menerbitkan pelbagai buku dan artikel untuk menyebarkan
propaganda dan sentimen sebagai suatu sokongan terhadap agama buatan mereka.
Di antara halangan yang paling
besar dihadapi oleh para penganut sistem ini adalah kitab suci Al-Qur’an, iaitu
satu-satunya panduan menuju ke jalan benar yang diwahyukan oleh maha suci Allah.
Al-Qur’an memperincikan keterangan mengenai jihad besar iaitu menentang agama
batil dan mengamanahkan para mukmin dengan tugas yang mulia ini. Hari ini,
tugas mendedahkan kepalsuan sistem yang menyeleweng dan seterusnya memberikan
komitmen yang tinggi di dalam usaha ini adalah suatu amanat penting yang
tersandar di bahu setiap mukmin.
Sepanjang abad ke-20 sehingga ke
saat ini, agama batil ini untuk pertama kalinya dalam sejarah tersebar begitu
meluas. Di dalam al-Qur’an, pengikut sistem agama yang batil membantah
dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan kebaikan dan
mereka menganggap ayat-ayat Kami dan peringatan terhadap mereka sebagai
olok-olokan. Surah al-Kahfi: 56. ini adalah mengapa khususnya di era kita,
adalah merupakan suatu kepentingan yang besar untuk menyertai jihad suci yang
disebutkan di dalam al-Qur’an dan membatalkan setiap asas sistem agama ini dari
sudut asas ideologi.
Allah s.w.t menyertakan maklumat
yang penting kepada para hamba-Nya yang bertanggungjawab memikul tugas mulia
ini di pundak mereka:
Sebenarnya Kami melontarkan yang
hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya maka dengan serta
merta yang batil itu lenyap. Surah al-Anbiya: 18
Dengan itu, apa yang menjadi
tujuan kami adalah untuk memusnahkan kepalsuan dengan mendedahkan asas
kebenaran mengenai materi dan juga mengenai teori evolusi Darwin yang akan
dibentangkan di dalam lembaran seterusnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar